Pada bulan syawal tahun kesepuluh selepas kenabian, Rasulullah keluar Mekah menuju Thaif dengan berjalan kaki. Beliau ditemani Zaid bin Harithah. Setiap kali bertemu dengan satu kabilah di jalan, beliau mengajaknya untuk masuk Islam. Akan tetapi, tiada seorang pun yang mahu.
Beliau kemudian tinggal di Thaif selama sepuluh hari. Tidak seorang pun daripada pemerintah mereka yang tidak beliau datangi dan diajak bicara. Lalu mereka berkata, “Keluarlah dari negeri kami!”
Maka orang-orang pandir di antara mereka mengusirnya. Ketika Rasulullah ingin keluar dari kota tersebut, mereka mencaci dan melemparkan batu ke arah Nabi sehingga kedua-dua betis beliau dilumuri darah. Orang-orang pandir itu masih melakukan penyeksaan tersebut sehinggalah nabi berhasil berlindung di sebuah kebun milik Uthbah dan Syaibah, dua putera Rabi’ah.
Ketika kedua-dua anak Rabi’ah melihat Nabi Muhammad, kedunya terenyuh. Mereka pun memanggil seorang hamba, Addas yang beragama Nasrani. Kedua-duanya berkata, “Ambillah setangkai anggur ini lalu bawa kepada lelaki itu. Sambil meletakkan tangan di atas buah-buahan tersebut, Rasulullah mengucapkan “ Bismillah”.
Addas kemudian berkata, “Kalimat ini tidak pernah diucapkan oleh penduduk negeri ini.” Rasulullah pun bertanya kepadanya,”Dari mana daerah asalmu?”.
“Aku seorang Nasrani dari penduduk Ninawa.”
“Dari negeri orang baik, Yunus bin Mata,” Sahut Rasulullah.
“Dari mana engkau tahu Yunus bin Mata?” tanya Addas lagi.
Rasululah pun menjawab,”Dia saudaraku. Dia nabi dan aku pun nabi.”
Saat itu juga Addas bersungkur di kepala sambil mencium kedua-dua tangan dan kaki beliau. Kemudian beliau kembali ke Mekah.
Petikan daripada Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad
0 comments:
Post a Comment
Kongsikan ilmu atau suarakan pandangan