Friday, December 10, 2010

The French Don't Diet Plan

Hari ini adalah ulasan daripada sebuah buku The French Don't Diet Plan. Ilmu itu luas bukan? :)

Sunday, December 5, 2010

Tha'if


Pada bulan syawal tahun kesepuluh selepas kenabian, Rasulullah keluar Mekah menuju Thaif dengan berjalan kaki. Beliau ditemani Zaid bin Harithah. Setiap kali bertemu dengan satu kabilah di jalan, beliau mengajaknya untuk masuk Islam. Akan tetapi, tiada seorang pun yang mahu.

Monday, November 29, 2010

Jin Mendengar Bacaan Rasulullah

Said bin Jubair meriwayatkan dair Ibnu Abbas yang berkata bahawa Rasulullah pergi bersama sekumpulan sahabatnya menuju pasar Ukazh. Ketika itu, antara syaitan-syaitan dan berita langit telah diberkan penghalang. Selain itu, mereka juga dihalangi oleh awan tebal, sehingga syaitan-syaitan itu kembali kepada kaumnya. Dan mereka ditanya oleh kaumnya,”Apa yang terjadi pada kalian?”
            Syaitan-syaitan itupun menjawab,”Antara kami dan berita langit benar-benar ada penghalang, bahkan kepada kami dikirimkan awan tebal.”

            Kaumnya berkata,” Kami tidak akan terhalang dari berita langit, kecuali jika terjadi sesuatu. Karenanya, pergilah kalian ke hujung timur dan barat untuk mengetahui apa sebenarnya yang menghalangi kalian dari mendengar berita langit.

Sunday, November 28, 2010

Sains Menemui Adam dan Hawa?

(Gambar sekadar hiasan)
Manusia terus mengkaji berkenaan asal-usulnya dan Quran sendiri meransang manusia ke arah itu berdasarkan kata-kata Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 20 yang bermaksud:
Katakanlah, Berjalanlah di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan manusia, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (di Akhirat).
Kajian manusia melahirkan penemuan baru dalam bidang ilmu genetik.Mengikut para saintis, 99.9% gen (genomes) yang terdapat dalam diri manusia adalah sama (identical) dan hanya 0.1 % yang berbeza. Peratus yang berbeza yang sedikit ini rupa-rupanya mengandungi rahsia mengenai keturunan manusia pada peringkat awal dahulu. Apabila kita menyebut mengenai gen, kita sebenarnya sedang bercakap mengenai DNA kerana gen mengandungi DNA. 

Saturday, November 27, 2010

Si dia yang beruntung

Sudah menjadi kebiasaan bangsa Arab untuk mengirimkan anak mereka pada tahun pertama usianya ke perkampungan untuk disusukan. Maka, Abdul Muthalib menyerahkan cucunya kepada Halimah Sa’diyah untuk disusukan.

Selamat Datang


Anda sedang menanam benih-benih ilmu yang akan bercambah menjadi ilmu:ologi.